|

SEJARAH PESDC
Pusat Pembangunan Usahawan Dan Kemahiran Perak adalah projek
kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kerajaan
negeri Perak dan juga industri pembuatan di perak. PESDC mula
beroperasi pada Mac 1993.
PESDC adalah sebuah pusat latihan kemahiran industri.
Ia dilengkapi dengan bengkel-bengkel yang mempunyai
peralatan-peralatan terkini dan terletak di Pusing dengan kawasan
seluas 10 ekar. Jarak perjalanan adalah 15 km dari Bandaraya Ipoh.
Semenjak penubuhan PESDC 15 tahun yang lalu, PESDC
telah diterajui oleh 4 Pengurus Besar, di mana pada masa ini
Pengurus Besarnya ialah Encik Sugumaran dan dibantu oleh seorang
Pengurus Besar Teknikal dan Pembangunan, En. Ir. Tang, 20 orang
tenaga pengajar dan 20 kakitangan sokongan. Selain daripada tenaga
kerja PESDC, Ahli Lembaga Pengurusan PESDC yang dipengerusikan oleh YB
Dato' Gan Tack Kong, yang merupakan sebuah badan yang aktif menyokong dan
membantu dalam pengurusan PESDC.
|


Perak Entrepreneur & Skills Development Center
PESDC Training Complex, Jalan Johan 2/2, Kawasan
Perindustrian Pengkalan 2,31550 Pusing, Perak Darul Ridzuan.
Tel : 05-3668869
|