Laman Utama

MAKLUMAT PESDC

VISI & MISI

OBJEKTIF

KURSUS

HUBUNGI KAMI

 

 

 

 

Masukkan Nama:
Masukkan  email :
Langgan
 


 

PENGENALAN

Latihan Vokasional hari ini memainkan peranan penting dalam proses mewujudkan tenaga kerja untuk perindustrian.  Objektif utama latihan vokasional adalah untuk melahirkan tenaga kerja berkemahiran yang memiliki kemahiran teknikal secara tunjuk ajar.         

PESDC menawarkan pelbagai kursus vokasional menerusi kerjasama dengan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), badan kerajaan yang menerajui latihan vokasional di negara ini.

Kompleks latihan PESDC adalah pusat berbentuk kampus dan bengkel-bengkelnya dilengkapi dengan peralatan terkini.  Ia terletak di kawasan seluas 10 ekar di Pusing, Perak, hanya 15 km jarak dari Ipoh.

 

KURSUS- KURSUS YANG DITAWARKAN

PESDC menawarkan kursus-kursus Sijil Kemahiran Malaysia (SKM).  Kursus-kursus diolah oleh MLVK dengan tujuan untuk membekalkan para pelatih dengan kemahiran praktikal dan kemahiran tangan dalam pelbagai bidang kejuruteraan vokasional umpamanya Elektronik Industri, Kejuruteraan Elektrikal dan Kejuruteraan Mekatronik.

Kursus-kursus ini dibahagikan kepada beberapa tahap dan setiap tahap mengambil masa 6 bulan.  Sebaik tamat Tahap 1, 2 & 3, para pelatih dianugerahkan Sijil SKM dan diiktiraf sebagai juruteknik.  Para pelatih yang menghabiskan Tahap 4 akan dianugerahkan Diploma dan layak untuk menyambung latihan sehingga Tahap 5 yang setaraf dengan Ijazah dalam Skil Vokasional.

Muat turun borang => BORANG PERMOHONAN SKM

 

 

 

Untuk maklumat lebih lanjut, sila hubungi:

Perak Entrepreneur & Skills Development Center

PESDC Training Complex, Jalan Johan 2/2, Kawasan Perindustrian Pengkalan 2,31550 Pusing, Perak Darul Ridzuan.

Tel : 05-3668869

 

 

 

pesdc.edu.my © 2009 • Privacy PolicyTerms Of Use